In Kolej SPACE, various facilities have been provided for the students. There is also a wide selection of eateries, cafés and restaurants serving a variety of food. Among them are:
RESTAURANTS
SHOPS
STUDENT’S CAFE
HOTEL CAFE & LOUNGE
FOOD & BEVERAGES KIOSK
SPORTS CENTER
PERKHIDMATAN BAS
Perkhidmatan bas disediakan untuk kegunaan para pelajar berulang alik dari Kolej Siswa Jaya UTMKL dan kampus Kolej SPACE. Perkhidmatan bas ini beroperasi setiap hari waktu perkuliahan bermula pada pukul 8 pagi hingga 9 malam dengan sela masa 2 jam setiap trip. Para pelajar dikehendaki memaparkan kad matrik ketika menaiki bas.
PENGANGKUTAN AWAM
Kedudukan kampus Kolej SPACE yang strategik di tengah bandaraya Kuala Lumpur menjadikan ia satu kelebihan kerana terletak berhampiran dengan kemudahan pengangkutan awam seperti bas, teksi dan LRT. Stesen LRT yang paling hampir adalah Stesen LRT Damai dengan jaraknya hanya 1.2 KM sahaja daripada kampus.
KOLEJ SISWA JAYA
Pelajar Kolej SPACE disediakan tempat penginapan yang kondusif dan mereka akan ditempatkan di Kolej Siswa Jaya. Kolej penginapan ini merupakan asrama dibawah seliaan pihak UTM sepenuhnya. Dengan kawalan keselamatan 24 jam setiap hari, keselamatan para pelajar terjamin.
Pelbagai kemudahan disediakan untuk keperluan para pelajar di sini. Antaranya ialah kemudahan sukan, kafe, parkir, surau, mini teater, ruang dan peralatan BBQ, bilik kuliah serta klinik kesihatan.
Selain itu, Kolej Siswa Jaya telah menganjurkan program-program berkala saban tahun seperti Global Outreach Program, Program Qiamullail, Tadarus, iftar pada bulan Ramadhan dan lain-lain selaras dengan matlamat Kolej SPACE untuk melahirkan siswazah yang cemerlang dalam pelajaran serta aktif dalam semua aspek kehidupan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Kolej Siswa Jaya, sila layari laman web: http://kl.utm.my/ksj/
PV 20
PUSAT KESIHATAN UTMKL
Perkhidmatan perubatan dan kesihatan disediakan untuk pelajar Kolej SPACE di Pusat Kesihatan UTMKL. Klinik ini beroperasi pada setiap hari perkuliahan bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.
Pusat Kesihatan UTMKL menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti khidmat perundingan, sesi rawatan, pemeriksaan kesihatan sehingga pembedahan kecil. Jika terdapat kes yang perlu dirujuk ke hospital, surat jaminan pelajar (GL) akan diberikan disamping ambulan yang sentiasa bersedia untuk memudahkan transportasi pesakit ke hospital.
Maklumat lanjut mengenai Pusat Kesihatan UTMKL boleh diakses melalui laman sesawang berikut: http://kl.utm.my/pusatkesihatan/