JOM MASUK "U"

Peperiksaan SPM seringkali dijadikan matlamat oleh kita semua, baik daripada guru-guru, para ibu bapa, sehinggalah ke pelajar sendiri. Untuk matlamat mendapat kecemerlangan dalam SPM ini, kita sanggup menahan diri daripada tidur di malam hari untuk mengulangkaji, membelanjakan wang yang banyak untuk ke kursus-kursus menjawab, sehinggalah mengkaji trend soalan-soalan yang telah keluar pada tahun-tahun lepas untuk meneka tajuk apa yang bakal keluar pada tahun ini.

Tidak dinafikan memang pengorbanan sedemikian yang diperlukan untuk menjawab soalan-soalan yang bakal ditanya. Tetapi, ramai juga antara kita yang terlepas pandang akan soalan yang tidak kurang sukarnya berbanding peperiksaan SPM,

“SAYA DAH DAPAT KEPUTUSAN SPM, JADI SEKARANG INI APA PULA?”

Tidak sedikit daripada kita yang hanya membuat keputusan menyambung pelajaran hanya setelah keputusan SPM keluar, tanpa merangka perjalanan hidup setelah peperiksaan SPM. Natijahnya kita membuat pilihan kurang tepat. Ada yang mengikut pilihan kawan-kawan masing masing, ada yang mendapatkan nasihat kaunselor sekolah. Ada juga yang cuma menurut sahaja perintah ayah dan ibu.

Sebagai sebuah IPTS yang ditubuhkan oleh UTM pada tahun 2014, Kolej SPACE mempunyai wawasan untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam perkhidmatan pendidikan berteraskan teknologi dan inovasi. Lahirnya kolej ini adalah untuk memenuhi hasrat murni dan merealisasikan impian kerajaan dalam meningkatkan akses pendidikan tinggi kepada masyarakat, sepertimana yang telah digariskan dalam Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Nasional (PSPTN) Fasa Kedua. Bertitik tolak daripada itu, Kolej SPACE mendukung cita-cita UTM dan terus mara menyahut cabaran ini dengan menawarkan program-program diploma relevan yang semestinya berkualiti dan kaedah pengajaran yang interaktif, inovatif dan terbukti berkesan, sejajar dengan slogan “Pendidikan Inovatif, Tradisi UTM”. Kolej SPACE mempunyai Lembaga Pengelola yang bertindak sebagai badan yang mengelola, membuat dasar, dan mengawasi kolej. Diterajui oleh Prof Emiritus Dato’ Dr. Ahmad bin Darus yang berpengalaman luas sebagai mantan Pengerusi Majlis Professor UTM dan mantan Ketua Kluster Kejuruteraan, Teknologi dan Alam Bina Majlis Professor Negara, Kolej SPACE berada di landasan yang tepat untuk merealisasikan visi dan misinya.

Akademi Tahfiz Medik Antarabangsa (ATMeDIK) yang dikendalikan sepenuhnya oleh Konsortium Sihat2u PLT secara inisiatif sukarela bagi memasyarakatkan amalan gaya hidup sihat secara menyeluruh meliputi aspek jiwa, emosi, minda dan fizikal melalui aplikasi Perubatan Melayu. Diasaskan oleh Tuan Norhissam bin Mustafa, Perunding Utama Pengurusan Kesihatan dan Kehidupan melalui pendekatan Gaya Hidup Sihat Insaniah semenjak 2006. ATMeDIK menumpukan kepada program pembangunan berterusan Penjagaan Kesihatan dan Rawatan Perubatan melalui Perubatan Melayu secara usahasama dengan Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS (PIUC), Kolej Space (UTMServices Sdn Bhd) dan Pertubuhan Pengamal Perubatan Naturopati Melayu Malaysia (PURNAMA).

Menyedari cabaran mencari kursus, IPT dan bidang yang sesuai dengan keputusan SPM dan minat masing-masing, Rektor Kolej SPACE Dr Mercy Trinovianti binti Mulyadi, dan Tuan Norhissam bin Mustafa, Perunding Utama ATMeDIK, telah bersepakat untuk menggerakkan organisasi masing-masing untuk menganjurkan program JOM MASUK “U”. Program ini bakal membakar semangat para peserta dan membimbing para lepasan SPM berkenaan melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi. Program percuma ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat khususnya kepada lepasan SPM yang sedang mencari tempat melanjutkan pelajaran, para ibu bapa, guru kaunselor sekolah, dan sesiapa sahaja yang berminat.

KENAPA JOM MASUK U – KOLEJ SPACE
• Program-program diploma yang relevan dalam pasaran pekerjaan
• Bantuan PTPTN diberikan bagi pelajar yang layak
• Struktur pembayaran yuran pengajian mudah serendah RM 112 sebulan

Talian JOM MASUK “U”
Adakah anda terbelenggu dengan salah satu dari persoalan-persoalan seperti ini :
• Keputusan SPM agak cemerlang, namun masih mencari-cari program yang sesuai dan universiti mana untuk melanjutkan pelajaran.
• Keputusan SPM kurang cemerlang, layakkah untuk melanjutkan pelajaran ke universiti, jika layak apakah program yang sesuai.
• Sedang mencari-cari universiti dan program yang sesuai bagi anak lepasan SPM.
• Anak Pelajar Lepasan SPM bertalu-talu bertanyakan tentang persoalan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti, sebagai Kaunselor Sekolah, anda perlu memberikan nasihat yang tepat dan terkini.
• Anak bakal menduduki peperikan SPM/SVM/STAM/STPM, sedang berusaha untuk mendapatkan maklumat bagi anak melanjutkan pelajaran nanti.
• Anak sedang belajar di Madrasah Tahfiz dan mencari laluan pendidikan lanjutan bagi mereka.
• Pelajar Madrasah Tahfiz yang bakal menamatkan pengajian tidak lama atau telah tamat pengajian dan sedang mencari-cari peluang melanjutkan pelajaran samada mempunyai SPM atau tidak.
• Pengamal-Pengamal Perubatan Tradisional Melayu yang berminat untuk mengikuti pembelajaran secara berstruktur dan modular bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran semasa.
Adakah anda mempunyai salah satu daripada persoalan-persoalan di atas?
Isikan Borang Daftar di bawah, Perunding Akademik ATMeDIK akan menghubungi anda…
DAFTAR SEGERA!

Jangan Lepaskan Peluang Keemasan ini, Daftar segera dengan Klik Butang “Daftar Sekarang”

Close Menu