ELEGATE DIPLOMA IN MANAGEMENT (EDIM)
3 Diploma dalam 3 Tahun
Belajar 2½ di Malaysia, 6 bulan di Spain
Objektif Program |
Memiliki Diploma Pengurusan Malaysia (ber-MQA) Graduan akan mempunyai kebolehpasaran yang tinggi untuk bekerja di sektor awam mahupun swasta dalam bidang pengurusan. Graduan yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah boleh memilih mana-mana universiti awam atau swasta di Malaysia. |
Memiliki Diploma Pengurusan United Kingdom Graduan akan menerima diploma kedua dari United Kingdom secara serentak (double conferment) tanpa menambah tempoh masa pengajian. Diploma United Kingdom juga amat berguna sekiranya graduan ingin melanjutkan pelajaran mahupun bekerja di negara-negara Komanwel dan Eropah. |
Memiliki Diploma Bahasa Spanish Graduan akan menerima diploma Bahasa Spanish yang merupakan bahasa kedua terbesar di dunia (selepas bahasa Mandarin). Pembelajaran dijalankan pada tahun akhir pengajian di Barcelona, Sepanyol dalam format kelas intensif dan latihan amali (internship). |
Peluang Belajar di Luar Negara Pengalaman belajar di luar negara menjadikan graduan lebih berketerampilan, kreatif dan inovatif dalam pelbagai bidang. Hasil kajian yang disiarkan oleh Astro Awani melaporkan, daripada 71 usahawan start-up yang berjaya di Malaysia, 64 adalah graduan luar negara manakala hanya 7 graduan tempatan. |
Peluang Kerjaya Yang Lebih Luas, di Peringkat Antarabangsa Dengan kurangnya graduan tempatan berkebolehan menguasai Bahasa Spanish yang menjadi bahasa rasmi di 21 negara di dunia, Graduan ELEGATE akan mempunyai peluang dan pilihan pekerjaan yang lebih luas dengan potensi gaji yang lebih tinggi dalam pelbagai bidang termasuk:
|
YURAN PENGAJIAN FASA 1 EDIM
Yuran Penuh EDIM adalah berjumlah RM 33,821. Struktur pembayaran yuran selama dua tahun setengah (7 semester) adalah seperti di atas. Program EDIM disediakan dengan pembiayaan PTPTN sehingga RM 17,356* (bergantung kelayakan), dengan bakinya dibenarkan pengeluaran KWSP ibu/bapa kandung/tiri tertakluk kepada terma dan syarat. Sekiranya pemohon tidak layak pembiayaan penuh PTPTN seperti di atas, jumlah Baki Yuran akan berubah mengikut pengiraan semula.
OPSYEN 1: Bayaran Mengikut Semester
Pembayaran yuran permulaan sebanyak RM 10,952 hendaklah dijelaskan SEBELUM pengeluaran Surat Tawaran Muktamad.
OPSYEN 2: Bayaran Secara Ansuran Bulanan
Pembayaran yuran permulaan sebanyak RM 3,775 hendaklah dijelaskan SEBELUM pengeluaran Surat Tawaran Muktamad. Bayaran Ansuran tahun pertama adalah RM 783 sebulan selama 12 bulan; seterusnya bayaran adalah RM 183 sebulan selama 18 bulan.
YURAN ASRAMA
- KSJ diuruskan oleh UTM. Bayaran keseluruhan perlu dijelaskan melalui Kolej SPACE sebelum mula semester. Wifi tidak disediakan.
- Apartment PV 20 diuruskan oleh operator luar. Bayaran perlu dijelaskan kepada operator berkenaan pada setiap bulan. Wifi disediakan.
YURAN PENGAJIAN FASA 2 EDIM
Pembelajaran Fasa 2 adalah di atas pembiayaan sendiri. Yuran Pelajaran Fasa 2 perlu dibayar sebelum mahasiswa memulakan pembelajaran di Semester Akhir Fasa 1 setelah menerima pengesahan penghantaran pelajar oleh KLIEC. Mahasiswa yang menerima pengesahan tetapi tidak menjelaskan Yuran Pelajaran Fasa 2 dianggap tidak berminat untuk meneruskan Program EDIM setelah menamatkan Pengajian Fasa 1.
Yuran Pengajian Fasa 2 tidak termasuk kos penerbangan, wang saku dan penginapan selepas bulan pertama serta kos-kos sara hidup lainnya. Mahasiswa serta ibu/bapa boleh berhubung terus kepada penasihat homeroom yang disediakan oleh KLIEC untuk maklumat lanjut pada bila-bila masa.
MAKLUMAT BERKENAAN PEMBELAJARAN DI BARCELONA, SEPANYOL
ELEGATE DIPLOMA IN MANAGEMENT (EDIM) FASA 2
Pembelajaran Fasa 2 mengambil masa selama hampir 6 bulan di Barcelona, Sepanyol di bawah kerjasama Kolej SPACE dengan Kuala Lumpur International Education Consortium (KLIEC). Mahasiswa akan ditempatkan di salah satu daripada tiga institusi berikut iaitu Expanish Barcelona, C3S Business School dan ISAAS Barcelona bagi pembelajaran Diplomas de Espanõl Como Lengua Extranjera (DELE).
Pembelajaran dibahagikan kepada Fasa 2A iaitu kelas intensif bahasa Spanish selama 10 minggu dan Fasa 2B iaitu latihan amali (internship) selama 10 minggu. Mahasiswa dibenarkan mengambil cuti selama 1 minggu hingga 1 bulan bergantung status visa. Mahasiswa disarankan menduduki peperiksaan DELE A1 atau A2 di Barcelona. Peperiksaan DELE boleh diambil pada bila-bila masa sewaktu atau selepas tamat pembelajaran Fasa 2.
SYARAT PENGHANTARAN
Hanya Graduan DIM dengan CGPA 3.0 ke atas (setelah 6 semester) secara automatik layak dihantar ke Barcelona; pelajar dengan CGPA di antara 2.0 hingga 2.99 boleh merayu dan akan hanya diberikan kelulusan bergantung penilaian dan budi bicara KLIEC. Keputusan akhir KLIEC adalah muktamad.
VISA
Pelajar warga negara Malaysia perlu memohon Visa Pelajar di Kedutaan Sepanyol di Kuala Lumpur dengan dibantu oleh panel pengurusan visa yang dilantik oleh KLIEC. Dalam keadaan tertentu, Kedutaan Sepanyol berhak menolak kelulusan terhadap mana-mana atau kesemua permohonan Visa Pelajar. Dalam keadaan ini, mahasiswa perlu keluar daripada Sepanyol selama sebulan di antara Fasa 2A dan Fasa 2B. Mahasiswa disarankan kembali ke Malaysia sewaktu tempoh percutian berkenaan.
PAKAIAN DAN PERALATAN PENGAJIAN LONDON EXAMINATIONS BOARD UNITED KINGDOM
London Examinations Board (LEB) merupakan salah satu daripada penyedia persijilan Program EDIM. Memiliki persijilan LEB memudahkan graduan melanjutkan pelajaran ke United Kingdom dan Eropah. Ianya memendekkan tempoh masa pembelajaran Sarjana Muda daripada 4 tahun termasuk A-Level kepada 1 atau 2 tahun tanpa memerlukan A-Level. Setiap mahasiswa yang mengikuti mana-mana program yang melibatkan LEB akan diberikan beberapa item seperti di bawah.
BLAZER RASMI LEB
Diberikan percuma termasuk Tali Leher / Selendang LEB untuk Majlis Rasmi dan Peperiksaan
Diberikan percuma untuk Majlis Kasual dan Kelas Tutorial
Diberikan percuma untuk Majlis Kasual dan Aktiviti Luar
Diberikan percuma untuk tujuan Pembelajaran