Objektif
Melahirkan graduan yang berkemampuan:
- Menyelesaikan masalah pengurusan dalam bidang pengurusan dan teknologi dan mampu bekerja dalam satu pasukan.
- Menunjukkan kemahiran dalam teori pengurusan dan teknik secara logik, kreatif dan analitikal berdasarkan fakta dan idea yang baik.
- Melibatkan diri dalam masyarakat dan organisasi profesional serta memberi sumbangan terhadap masyarakat.
- Melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi dan membangunkan diri sebagai seorang yang profesional.
- Melanjutkan pelajaran dalam bidang Kimpalan Bawah Air secara professional.
Peluang Kerjaya Perkhidmatan Awam
Graduan memenuhi syarat Akademik untuk menyertai Perkhidmatan Awam Kerajaan Malaysia bagi jawatan di bawah, tertakluk kepada Syarat Lantikan semasa SPA:
- Penghulu Gred NP29
- Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
- Penolong Akauntan Gred W29
- Penolong Juruaudit Gred W29
- Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred S29
- Penolong Pegawai Latihan Gred E29
- Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29
- Bintara Muda Maritim Gred T5
- Penolong Penguasa Bomba Gred KB29
- Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29
- Penolong Penguasa Kastam Gred WK29
- Penolong Penguasa Penjara Gred KA29
Peluang Kerjaya Sektor Swasta
Graduan memenuhi syarat Akademik untuk menyertai bidang kerjaya di Sektor Swasta bagi jawatan di bawah, tertakluk kepada Syarat Lantikan semasa syarikat berkenaan:
- Eksekutif Pentadbiran
- Eksekutif Kewangan
- Eksekutif Pemasaran
- Eksekutif Jualan
- Eksekutif Operasi
- Eksekutif Sumber Manusia
Peluang Kerjaya Sektor Kimpalan Dalam Air
Graduan yang komited bagi mengembangkan kerjaya dalam sektor kimpalan bawah air perlu medapatkan sijil penyelam professional sebelum boleh menceburi kerjaya dalam subsektor seperti berikut:
- Minyak dan Gas
- Marin
- Perkapalan
Syarat Kemasukan
- LULUS SPM / SPMV dengan sekurang-kurangnya 3 KREDIT termasuk kredit Matematik (dengan lulus Bahasa Melayu) ATAU kredit Bahasa Melayu (dengan lulus Matematik).
- Pelajar dikehendaki mengambil subjek-subjek pengukuhan tertentu bergantung kepada keputusan SPM dan keperluan program.
Kaedah Pembelajaran
Kalendar Akademik