DIPLOMA SAINS KOMPUTER
Program ini bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran industri yang berkaitan dalam bidang sains komputer yang mana penting untuk memasuki tenaga kerja sebagai pekerja profesional yang kompeten dan lebih berdaya saing dalam pasaran kerja diperingkat global. Objektif utama kami adalah untuk menyediakan kemahiran kerja separa profesional seperti kemahiran pengurusan perkakasan komputer, algoritma, pengaturcaraan, reka bentuk pengisian dan pembangunan dengan menggunakan kemahiran dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat.
Penerangan program
Syarat Kemasukan
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam sebarang 3 mata pelajaran termasuk Matematik, atau setara dengannya; atau
- Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan minimum Gred C (Nilai Gred Mata Pelajaran, NGMP 2.0) dalam sebarang mata pelajaran atau setara dengannya dan kepujian dalam mata pelajaran Matematik pada peringkat SPM atau setara dengannya; atau
- Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan minimum Gred Maqbul (lulus) dan kepujian dalam mata pelajaran Matematik pada peringkat SPM setara dengannya; atau
- Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3, dan kepujian dalam mata pelajaran Matematik pada peringkat SPM atau setara dengannya; atau
- Lulus sebarang kelayakan yang setaraf dengan Sijil (Tahap 3 KKM) dan kepujian dalam mata pelajaran matematik pada peringkat SPM atau setara dengannya.
Calon yang tidak mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Matematik pada peringkat SPM atau yang setara dengannya boleh diterima masuk sekiranya program Sijil tersebut mengandungi mata pelajaran Matematik pada peringkat SPM.
Calon yang mempunyai kepujian dalam bidang berkaitan komputeran pada peringkat SPM atau setara dengannya boleh diberikan keutamaan.
Tempoh Pengajian
- 2 setengah tahun
Keistimewaan
Pelajar akan tamat dengan memiliki Diploma dan diberikan kursus khas yang berkaitan bagi memberi nilai tambah kepada pelajar.
Peluang Pekerjaan
- Programmer
- Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
- Pereka Laman Sesawang
- Kakitangan Sokongan Teknikal
- Penolong Pegawai Tadbir Sistem
- Penolong Jurutera Rangkaian
- Usahawan IT
Semester 1
- Sistem Teknologi dan Maklumat
- Asas kepada Pengaturcaraan
- Asas Logik Digital
- Interaksi Komputer dan Manusia
- Asas Matematik
- Bahasa Inggeris untuk Pengajian Akademik
- Ko-Kurikulum
Semester 2
- Pengaturcaraan Web I
- Sistem Analisa dan Kaedah Rekaan
- Organisasi Bahasa dan Komputer
- Pengaturcaraan C++
- Statistik
- Bahasa Inggeris untuk Komunikasi Profesional
Semester 3
- Bahasa Kebangsaan A / Bahasa Kebangsaan B
- Elektif I
Semester 4
- Struktur Data dan Algoritma
- Pangkalan Data
- Sistem Operasi
- Pengaturcaraan Net Vb.
- Rangkaian Data dan Komunikasi
Semester 5
- Pengaturcaraan Web II
- Pengaturcaraan Berasaskan Objek
- Penyeleggaraan dan Pemasangan Komputer
- Keselamatan Komputer
- Keusahawanan
Semester 6
- Pengajian Malaysia
- Pengajian Islam / Pengajian Moral
- Elektif II
Semester 7
- Latihan Industri
- Projek Latihan Industri
Elektif
- Audio dan Video dalam Multimedia
- Kejuruteraan Perisian
- Kejuruteraan Sistem
- Asas Pemasaran
AKreditasi dan brosur
Berapakah Jumlah kos?
Mari sertai kami di Kolej SPACE !